PICK : Sabah Capai 60 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Divaksin

vaksin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peratusan populasi Sabah yang telah lengkap divaksinkan pada 20 September 2021 telah mencapai 59.4%, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun.

“Bolehlah diandaikan bahawa peratusan vaksinasi populasi dewasa Sabah telahpun mencapai 60% pada 21 September 2021,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Peratusan tersebut menunjukan negeri Sabah berada pada landasan yang baik, tambah Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.

Beliau menjelaskan ini kerana terdapat ramai rakyat negeri Sabah berada di Semenanjung Malaysia pada masa ini, yang adalah sebahagian daripada statistik penduduk Sabah.

“Misalnya, sebagai petanda, sebanyak 171,963 bakul makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) rakyat Sabah yang sedang berada di Semenanjung Malaysia.

“Ramai daripada rakyat Sabah ini telahpun divaksin di Semenanjung Malaysia.

“Oleh yang demikian, peratusan rakyat Sabah yang telah divaksin sebenarnya lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh data semasa kita,” jelas beliau.

Katanya, populasi dewasa Sabah, mengikut Jabatan Perangkaan, ialah seramai 2,758,400., sementara peratusan yang telah divaksin di Sabah ialah 59.4% setakat 20 September.

“Rakyat Sabah yang dianggar telah mendapat vaksin di Semenanjung Malaysia, katalah 200,000 orang.

“Maka, anggaran peratusan sebenar populasi Sabah yang telah divaksin adalah lebih tinggi daripada data rasmi kita,” kata Masidi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top