PICK: Kaedah ‘Pandu-Lalu’ Untuk Penerima Dos 2 Di PPV Tempasuk 14 & 15 Ogos Ini

vaksin-tempasuk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD : Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan DUN Tempasuk akan menggunakan sistem ‘pandu lalu’ untuk penerima Dos 2 bagi mengelakkan kesesakan orang ramai di kawasan PPV itu kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tempasuk, Arsad Bistari berkata sistem ‘pandu lalu’  untuk penerima Dos 2 itu adalah bagi kemudahan penduduk kawasan berkenaan dan akan dilaksanakan pada 14 dan 15 Ogos depan.

Ia dikhususkan untuk penerima-penerima dos 1 PICK yang telah diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

“Pada sesi pertama 25 Julai lalu,seramai 2,269 telah menerima Dos 1 vaksinasi dan jumlah tersebutlah yang akan kita berikan dos 2 pada sesi kedua mulai 14 Ogos ini,” katanya.

Pihak pengurusan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tempasuk (PKRDNT) turut menjelaskan bahawa tidak ada sesi ‘walk-In’ atau Dos 1 diberikan pada hari itu kerana tumpuan utama program PICK kali ini adalah kepada penerima Dos 2 sahaja.

Dalam satu kenyataannya di sini, PKRDNT mengeluarkan notis umum bahawa kawalan ketat akan dilaksanakan bagi mengelak sebarang kehadiran awam tanpa temujanji.

“Dua hari tersebut (14 dan 15 Ogos) adalah dikhaskan untuk penerima Dos 2 sahaja dan pihak kami akan menyemak temujanji mengikut senarai dalam sistem iaitu seramai 2,269 sahaja, yakni jumlah yang dicatatkan pada 25 Julai lalu (Dos 1).

“Kita tidak akan menerima pendaftaran baharu untuk Dos 1 dan pihak kami juga tidak akan membenarkan orang awam memasuki kawasan PPV ini kerana pintu masuk akan di kawal ketat oleh pihak berkuasa demi mengelakkan terlalu ramai yang datang.

“Kawalan ketat ini di buat setelah memikirkan risiko penularan atau jangkitan virus Covid-19, selaras dengan saranan Pihak KKM,” jelas kenyataan itu lagi.

PICK Dos 2 kali ini akan berlangsung di Perkarangan Pusat Pentadbiran Kawasan DUN Tempasuk, Batu Enam Jalan Keguraan berhadapan dengan SMK Taun Gusi 2 Kota Belud.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top