PICK : Dua Daerah Di Sabah Catat 100 Peratus Penduduk Terima Satu Dos Vaksin

rose-nani.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua daerah di Sabah telah mencapai lebih 100 peratus populasi dewasa di negeri ini yang telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Rose Nani Mudin berkata, daerah itu adalah membabitkan daerah Beaufort dan Putatan masing-masing mencatat peratusan pencapaian dos pertama sebanyak 100.25 peratus dan 100.06 peratus.

“Sebanyak tiga buah daerah merekodkan peratusan diatas lebih 80 peratus membabitkan Kuala Penyu (93.96 peratus); Kota Kinabalu (86.70 peratus) dan Sipitang (81.54 peratus).

“Selain itu, lima daerah lain turut merekodkan peratusan diatas 70 peratus populasi dewasa menerima dos pertama,” katanya dalam kenyataan disini pada Khamis.

Dr Rose Nani berkata, lima daerah itu membabitkan Tuaran (78.69 peratus); Penampang (76.17 peratus); Pitas (76.11 peratus); Beluran (73.87 peratus) dan Kota Marudu (73 peratus).

Katanya, bagi daerah Tenom pula berjaya merekodkan peratusan penerima vaksin dos pertama sebanyak 69.91 peratus diikuti Kudat (68.78 peratus); Ranau (68.67 Peratus); Kota Belud  dan Tambunan masing-masing mencatat  sebanyak 65.52 peratus.

“Dua daerah iaitu Lahad Datu dan Keningau masing-masing merekodkan peratusan sebanyak 65.31 peratus dan 65.02 peratus.

“Empat daerah lain antaranya Papar berjaya mencatat 58.36 peratus diberikan dos pertama diikuti Kunak (53.85 peratus); Sandakan (53.39 peratus) dan Tawau (50.67 Peratus),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, empat daerah lagi merekodkan angka peratusan penerima dos pertama terendah di bawah 50 peratus.

Katanya, antara daerah terlibat membabitkan Nabawan  sebanyak 49.17 peratus; Semporna (47.95 peratus); Tongod (43.19 peratus) dan Kinabatangan (36.95 peratus).

“Analisa data dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) mendapati bagi individu yang tidak divaksinasi mempunyai risiko mengalami komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk.

“Sejumlah 80 hingga 90 peratus pesakit di unit rawatan rapi (ICU) ada yang tidak di vaksinasi.  Vaksin adalah sangat penting kepada setiap individu dan ianya dapat mengurangkan risiko jangkitan dan kematian,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top