PICK Catat 553,871 Dos Semalam, Tertinggi Setakat Ini

vaksin-1.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan kadar tertinggi pada Selasa apabila sejumlah 553,871 dos diberikan.

Daripada jumlah itu, 356,112 adalah dos pertama, manakala 196,759 pula adalah dos kedua, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi Twitter hari ini.

Jumlah itu juga merupakan kadar vaksinasi harian tertinggi pernah direkodkan di negara ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif rakyat Malaysia yang menerima vaksin meningkat kepada 18,393,347 setakat ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12,487,441 merupakan penerima dos pertama, atau 38.2 peratus daripada populasi negara.

Manakala penerima yang lengkap dos kedua pula adalah sebanyak 5,905,906 bersamaan 18.1 peratus.

Pada masa sama, 53.3 peratus golongan dewasa di negara ini telah menerima sekurang kurangnya dos pertama, manakala 25.2 peratus lengkap menerima dua dos.

Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 5,112,057 bagi dos pertama dan 1,831,585 bagi dos kedua.

Ini diikuti Sarawak sebanyak 1,678,014 dos pertama dan 1,197,746 bagi dos kedua.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah satu juta bagi dos pertama dan di bawah 400,000 bagi dos kedua.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top