PIAM Jamin Darurat Tak Batalkan Tuntutan Insurans Am

piam1.jpg
Kongsi Bersama

Persatuan Insurans Am Malaysia memberi jaminan bahawa pengisytiharan darurat yang bermula pada 11 Januari dan akan berlangsung sehingga Ogos, tidak akan membatalkan tuntutan insurans am.

“PIAM ingin memberi jaminan kepada semua pemegang polisi insurans am bahawa tuntutan yang dilakukan dalam tempoh darurat akan dibayar mengikut terma dan syarat polisi mereka.

“Semua pemegang polisi, baik perniagaan dan individu disaran mendapatkan maklumat daripada syarikat insurans masing-masing, “katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Istana Negara mengesahkan Yang Di-Pertuan Agong berkenan darurat dilaksanakan atas permintaan kerajaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengisytiharan darurat di seluruh negara bukanlah satu rampasan kuasa tentera.

Katanya, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan dan pengistiharan Ordinan Darurat adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19 .- Malaysiakini


Kongsi Bersama

2 Replies to “PIAM Jamin Darurat Tak Batalkan Tuntutan Insurans Am”

  1. I didn’t understand this. I buy and send one book and I get 36? How is that possible?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top