Piala SMJ: Sabah FC Akan Berikan Yang Terbaik Malam Ini

Ong-Kim-Swee.jpg

Ong Kim Swee

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Skuad Sabah FC akan mempamerkan prestasi terbaik pada perlawanan terakhir menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 di Stadium Likas, di sini, malam ini (Jumaat).

Sambil berharap pasukannya dapat menghasilkan keputusan yang diinginkan dalam perlawanan itu, Ketua Juralatih The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee menjangkakan persembahan yang lebih baik daripada pemainnya berbanding dua perlawanan mereka sebelum ini.

Malah menurut Kim Swee, beliau mahu para pemain Sabah memperbaiki lagi rentak dan melipatgandakan mutu permainan berbanding perlawanan pertama dan kedua sebelum ini biarpun KDA mempunyai kelebihan jumlah jaringan gol.

“Kita tahu KDA FC merupakan pasukan ‘favourite’ dan kalau kita lihat daripada jumlah jaringan gol mereka jauh lebih baik dan lebih bersedia kali ini.

“Namun kita tidak mempunyai pilihan selain memperbaiki corak pemainan berbanding sebelum ini. Sudah tentu saya ingin melihat satu persembahan yang lebih baik terutama pada perlawanan terakhir Piala SMJ esok,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kata Kim Swee, perlawanan terakhir malam ini penting bagi memastikan pemain benar-benar bersedia sebelum menghadapi perlawanan pertama Liga Super yang dijangka bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Pertemuan Sabah FC dan KDA FC itu dijadualkan bermula jam 9 malam ini.

Untuk rekod, Sabah membuka tirai Piala SMJ dengan kekalahan 1-2 kepada Kelantan sebelum menewaskan Sarawak 2-1 pada perlawanan kedua untuk mencatat kemenangan pertama dalam lima perlawanan pramusim.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top