Piala AFC: Sabah 3, Hougang United 1

Sabah-vs-Huogang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah memulakan langkah awal mereka dalam Piala AFC dengan bergaya apabila membenamkan kelab Singapura Hougang United dalam pertemuan Kumpulan H di Stadium Likas di sini, malam tadi.

The Rhinos membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Gabriel Peres selepas menanduk kemas hantaran daripada Miguel Angel Garrido Cifuentes.

Penyerang kebangsaan Darren Lok meletakkan Sabah pada kedudukan lebih selesa pada minit ke-38 apabila menolak masuk bola berpunca sepakan penjuru yang sebelum itu telah ditampan oleh penjaga gol Hougang, Zaiful Nizam Abdullah.

Pasukan pelawat berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol kontroversi Kazuma Takayama pada minit ke-61 yang didakwa oleh pemain Sabah belum melepasi garisan gol.

Bagaimanapun, tuan rumah kembali membalas sekali lagi menerusi jaringan Darren Lok yang menanduk hantaran Park Tae-Su dua minit kemudian untuk memastikan kemenangan pasukan Borneo itu.

Keputusan itu meletakkan Sabah berada di kedudukan kedua kumpulan H berkongsi mata dengan pasukan dari Vietnam, Hai Phong yang menewaskan PSM Makassar dalam satu lagi perlawanan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top