Phoong, menteri Sabah pertama lawat Nusantara

Phoong-Nusantara.jpg

Phoong (kanan) ketika meninjau Nusantara. (Kredit foto: FB Phoong Jin Zhe)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kedudukan IKN (ibu kota negara) Indonesia, Nusantara, di Pulau Borneo pasti akan menjadikan wilayah ini pusat pertumbuhan bagi masa deoan Asia Tenggara.

Demikian kata Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe dalam hantarannya di Facebook semalam.

“Kerjasama yang erat antara Sabah dan Kalimantan akan membawa kebaikan bersama demi kebangkitan Borneo,” catat beliau yang turut memuji keindahan pemandangan dan landskap di depan Istana Presiden, di IKN itu.

Phoong kini berada di Nusantara bersama sekumpulan usahawan dari Sabah bagi memenuhi jemputan Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu untuk merasai sendiri perkembangan pembangunan ibu negara baharu itu dan meneroka peluang pelaburan serta perniagaan.

Kunjungannya menjadikan beliau menteri pertama dari Sabah yang melawat Nusantara, yang terletak di Kalimantan Timur itu.

Dalam lawatan selama dua hari ini rombongan dari Sabah itu dibawa melawat ke Nusantara Command Centre yang memantau pembinaan bandar hijau tersebut menggunakan sistem pemantauan berasaskan sensor, CCTV, dan integrasi perkhidmatan digital.

Rombongan turut diberi taklimat mengenai perkembangan pembangunan mega bandar tersebut, selain melawat Istana Garuda yang bakal menjadi kediaman rasmi presiden Indonesia.

Nusantara yang terletak di Kalimantan Timur sedang dibangunkan beransur-ansur dan akan menggantikan Jakarta sebagai pusat pentadbiran dalam tempoh dua dekad akan datang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top