PH Tolak Norhizam Sebagai Calon PRN Melaka

norhizam-melaka.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan bahawa ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan sebagai calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

“Dalam isu empat bekas ADUN, PH telah menerima pandangan semua pihak yang tegas tentang perkara ini. Perlu ditekankan kepentingan rakyat adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

“Oleh kerana mereka bukan ahli mana-mana parti komponen PH, maka soal pencalonan mereka dalam PRN tidak berbangkit dalam mesyuarat hari ini.

“Walau bagaimanapun, Majlis Presiden turut memutuskan bahawa Datuk Norhizam Hassan Baktee tidak akan dijadikan calon PH dalam PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Majlis Presiden PH turut bersetuju melantik Adly Zahari bagi mengetuai jentera pilihan raya PH Melaka bagi menghadapi PRN Melaka.

Dalam pada itu, PH turut memutuskan untuk menghantar wakil untuk bertemu serta berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka.

“Ini bagi menyampaikan pandangan PH serta memastikan prinsip demokrasi dijunjung, hak parti-parti politik bertemu pengundi tidak terjejas dan perjalanan pilihan raya adalah adil kepada semua pihak terutama pada ketika Melaka berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara,” katanya. – Utusan Malaysia

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top