PH Tak Akan Nasihat 3 Negeri Bubar DUN

majlis-presiden-PH.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menasihati kerajaan negeri pimpinan gabungan itu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga penggal tamat tahun depan.

Ini bermakna, kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pimpinan PH akan terus mentadbir sehingga penggal tamat pada April dan Mei 2023.

Majlis Presiden PH berkata, keputusan itu mengambil kira beberapa faktor.

Madius

“Ia mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih sangat terkesan akibat banjir besar, pandemik Covid-19, pendapatan berkurangan serta kos sara hidup meningkat mendadak,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.

PH berkata, semua usaha perlu difokuskan ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top