PH Sabah Ulangi Pendirian Tolak Usaha Guling Kerajaan Negeri

ewon.jpg

Gambar fail.

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Pakatan Harapan (PH) Sabah sekali lagi menegaskan pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam usaha menggulingkan kerajaan negeri serta Ketua Menteri pada pertengahan penggal pemerintahan.

Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick berkata parti itu yang juga sebahagian komponen PH menyatakan satu daripada prinsip yang dipegang tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Sabah adalah menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Asas sokongan kami yang pertama mahu dia (Hajiji) menjadi Ketua Menteri sehingga tempoh penggal ini berakhir. Beliau sudah dilantik mengikut Perlembagaan.

“Keduanya, tujuh orang ADUN PH termasuk saya tidak akan sama sekali mengambil bahagian di dalam sebarang usaha menggulingkan Ketua Menteri pada pertengahan penggal pilihan raya yang asasnya adalah tempoh untuk kita menukar wakil rakyat.

“Usaha menggulingkan sesebuah kerajaan di tengah penggal pemerintahan juga akan mengakibatkan ketidakstabilan politik yang akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada negeri malahan rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas Malam Perpaduan UPKO di Kampung Mansiang, di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedamaian menegaskan PH Sabah tidak mahu menjadikan amalan terbabit sebagai satu kebiasaan di Sabah.

Menurutnya, hal ini kerana isu kestabilan politik tidak akan selesai sekiranya masih ada usaha-usaha untuk menukar Ketua Menteri yang dilantik berdasarkan kepada Perlembagaan Negeri. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top