PH Sabah tegas tolak JKDM

PH-Sabah-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah berpendirian tegas Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) tidak wajar diperkenalkan sekali gus dilaksanakan di negeri ini.

Menurut kenyataan media dikeluarkan semalam PH Sabah berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah.

Katanya, ini sekali gus memberi kuasa dan autonomi kepada Kerajaan Sabah untuk melantik serta mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sabah.

“Setiap wakil rakyat PH Sabah menyokong pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang berniat untuk memberi kuasa autonomi kepada kerajaan Sabah untuk menguruskan hal ehwalnya.

“Kami mengalu-alukan sebarang peruntukan persekutuan yang diberikan kepada Sabah khususnya untuk pembangunan dan manfaat masyarakat luar bandar di Sabah,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, PH Sabah percaya peruntukan sebegini sebaiknya diuruskan oleh kerajaan negeri Sabah untuk memberi makna serta penghormatan terhadap undang-undang negeri Sabah.

 

Berita asal: Sabah News Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top