PH Sabah Tangguh Sokongan Pengeluaran Pengenalan Digital Kepada Warga Asing

christina.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah menangguhkan sokongan terhadap cadangan pemberian pengenalan digital kepada pendatang asing di negeri ini.

Ketua Pakatan Sabah Datuk Christina Liew bagaimanapun berkata mereka bersetuju dengan langkah mendapatkan data mengenai pendatang tanpa izin dan pelarian di Sabah.

Katanya,” Kami menyokongnya jika ia adalah jalan untuk menyelaraskan (kedudukan) pendatang tanpa izin dan pelarian di Sabah dan memberi manfaat kepada generasi akan datang.”

Menurut beliau lagi, kerajaan boleh meneruskan pendaftaran (pelarian dan orang tanpa kerakyatan di Sabah), tetapi pihaknya tidak pasti dengan bahagian kedua iaitu pengeluaran pengenalan digital.

PH turut mengambil bahagian dalam sesi townhall pendataan digital warga asing negeri Sabah yang membincangkan cara menangani isu migran di negeri ini pada Khamis.

Sesi itu dianjurkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang menyentuh mengenai pengeluaran pengenalan digital warga asing.

“Kami tidak mengundi bahagian kedua kerana kami mahu melihat butirannya (kad) dan kami perlu mengkajinya,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pusat Parlimen Kota Kinabalu pada Jumaat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top