PH Sabah sokong pendirian kerajaan negeri

PH-Sabah.jpg

PH Sabah merakamkan gambar kenangan selepas mengadakan mesyuarat kelmarin.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah sebagai sebahagian daripada kerajaan Sabah menyokong pendirian dan keputusan kerajaan berhubung dengan tindakan mahkamah Persatuan Undang-undang Sabah (SLS).

PH Sabah dalam kenyataannya kelmarin berkata, PH Sabah memahami dan menghormati sepenuhnya keputusan yang diambil oleh SLS dalam membawa isu 40 peratus hak perlembagaan Sabah ke mahkamah dalam permohonan Semakan Kehakiman mereka.

Pada 2022, PH Sabah juga telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dengan memfailkan Saman Pemula menuntut 40 peratus hak perlembagaan Sabah untuk dihormati dan dilaksanakan.

PH Sabah kini telah menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah bertekad untuk memastikan perkara ini diselesaikan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan dan Jawatankuasa Teknikal (Jawatankuasa MA63) masing-masing diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kedua.

PH Sabah juga memandang positif dengan tindakan SLS yang terus didengar di mahkamah dan pada masa yang sama komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu MA63 melalui penubuhan Jawatankuasa MA63 dengan wakil daripada kerajaan Sabah dan Sarawak dilantik ke jawatankuasa itu.

Walapun dengan pendekatan yang berbeza namun mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan hak perlembagaan Sabah dalam MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top