PH Sabah Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan GRS, Semua Parti Politik di DUN – Ewon

ewon.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri dan semua parti politik di Dewan Undangan Negeri untuk menjayakan agenda reform dan tadbir urus negeri ini.

Pengarah Komunikasi PH Sabah Datuk Ewon Benedick berkata, kesediaan bekerjasama ini tidak akan menjejaskan peranan PH Sabah melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang yang berkesan.

Beliau berkata, tujuh agenda reform dan tadbir urus Sabah itu adalah berkaitan Autonomi Sabah dan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, Tadbir Urus Menangani Pandemik Covid-19, Pelan Kebangkitan Ekonomi Sabah, Reformasi Pentadbiran, Reformasi Dewan Undangan Negeri, Tadbir Urus Orang Asal Sabah dan Tadbir Urus Keselamatan.

“Majlis Pimpinan PH Sabah dalam mesyuarat baru-baru ini telah bersetuju untuk mengangkat tujuh agenda reform dan tadbir urus itu

“Majlis Pimpinan PH Sabah telah memaklum dan membincangkan agenda reform dan tadbir urus ini dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Shafie Apdal melalui perjumpaan baru-baru ini dan seterusnya PH Sabah akan mengemukakan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, agenda reform dan tadbir urus ini bukan Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal ditandatangani seperti diwar-warkan pihak tertentu, sebaliknya satu tuntutan rakyat yang perlu diperjuangkan bersama dan dilaksanakan secara rentas politik.

Katanya lagi, PH Sabah sebagai gabungan parti-parti politik berorientasikan polisi akan terus komited mengangkat pelaksanaan agenda reform dan tadbir urus seperti ini dan turut mengajak semua penggubal undang-undang di peringkat Dewan Undangan Negeri serta rakyat Sabah dalam menjayakan agenda-agenda ini.

“Tadbir urus berkenaan covid serta autonomi Sabah bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak Kerajaan semata-mata, tetapi sepatutnya menjadi tanggungjawab semua,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top