PH Kalah Lagi…

Pakatan-Harapan.jpg
Kongsi Bersama

Malang bertimpa-timpa.

Pakatan Harapan (PH) sekali lagi mengalami kekalahan teruk, kali ini di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak selepas mengalami nasib yang sama di PRN Melaka bulan lepas.

Dalam keputusan penuh PRN Sarawak malam tadi, Gabungan Parti Sarawak (GRS) menang bergaya dengan memperolehi 75 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Parti baharu, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang empat kerusi, manakala DAP yang merupakan komponen PH mendapat dua kerusi. Satu lagi kerusi iaitu DUN Mulu tidak dapat diumumkan malam tadi atas factor cuaca.

PKR yang bertanding di 28 kerusi gagal menang walaupun satu kerusi, begitu juga dengan Amanah yang kalah di semua lapan kerusi yang ditandinginya.

DAP yang sebelum ini memiliki tujuh kerusi hanya mampu mempertahankan DUN Pending dan Padungan dan kalah di semua 22 kerusi lain yang ditandingi.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen memenangi Padungan dengan 4,686 undi mengalahkan calon GPS Wee Hong Seng dengan majoriti 1,198 undi.

Dalam pada itu, Violet Wong memenangi kerusi Pending bagi penggal ke-4, mendapat 5,188 undi sekali gus mengalahkan lawannya dari SUPP Milton Foo Tiang Wee.

Parti Sarawak Bersatu memenangi empat kerusi: Ba’kelalan, Batu Lintang, Engkelili dan Bawang Assan.

Ba’kelalan dan Batu Lintang kekal disandang bekas ahli PKR Baru Bian dan See Chee How.

Baru menang dengan majoriti 2,687 undi sementara See menang dengan majoriti 4,420.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top