PGRS Mahu Tubuh Majlis Pembangunan Segama

Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) mahu menubuhkan Majlis Pembangunan Segama sekiranya diberi mandat untuk memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Calonnya, Mohd Basari Abdul Gafar, berkata majlis ini bertujuan untuk melihat inisiatif bagi meningkatkan pembangunan di kawasan Segama, yang mempunyai 16,575 pengundi.

Beliau berkata penduduk Segama tidak harus miskin kerana Sabah mempunyai banyak sumber.

“Oleh itu, kita akan tubuhkan majlis ini untuk melihat inisiatif-inisiatif yang ada bagi kita bangunkan kawasan ini demi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis bersama pemimpin masyarakat Cina hari ini.

Esok, Basari akan berdepan tujuh calon bagi merebut kerusi DUN Segama. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top