Petugas PAS Sabah bantu calon PN di DUN Jertih

pas-sabah.jpg
Kongsi Bersama

BESUT: PAS Sabah menghantar petugas pilihan raya yang memiliki pelbagai kemahiran bagi membantu calon PERIKATAN NASIONAL (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, petugas dari Sabah yang melibatkan jentera Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan membantu kempen dari rumah ke rumah bersama calon PN di DUN Jertih.

Katanya, petugas terbabit akan berada di Terengganu sehingga hari pembuangan undi 12 Ogos ini.

“Kita menyahut seruan dan arahan pimpinan PAS Pusat bagi membantu negeri-negeri yang terbabit dengan PRN bagi memastikan kemenangan calon PN,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, petugas terbabit yang terdiri daripada pimpinan PAS Sabah akan turun padang bersama calon menyantuni masyarakat di lokasi yang ditetapkan.

Aminuddin juga berharap pengundi di Terengganu keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Calon PN di DUN Jertih diwakili Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top