Petronas Beri Taklimat Kepada Kabinet Negeri Sabah

taklimat-petronas-sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik mengetuai barisan kepimpinan peringkat tertinggi untuk memberi taklimat kepada Kabinet negeri Sabah di Menara Kinabalu, di sini semalam.

Muhammad turut memberikan pencerahan gambaran keseluruhan mengenai operasi Petronas Sabah termasuklah perniagaan Gas Asli Cecair (LNG) syarikat minyak nasional itu.

Taklimat itu adalah susulan pertemuan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dengan pengurusan kanan Petronas di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu.

Turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Gas & Tenaga Baharu Petronas), Adnan Zainol Abidin; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Mazuin Ismail; Naib Presiden LNG Assets, E Abang Yusuf Abang Puteh; Ketua Pengurusan Integrated Hydrocarbon, Aidid Chee Tahir; Pengurus Penasihat Perniagaan (upstream, Corporate Strategic Planning), Masnizah Supu dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Ini adalah taklimat pertama kepada Kabinet Negeri Sabah oleh Petronas sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pemerintahan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top