KOTA KINABALU: Datuk Peter Anthony akan terus menerajui Persatuan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM) untuk penggal 2021-2023 setelah memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Turut mengekalkan jawatan mereka ialah Timbalan Presiden Datuk Juil Nuantin dan lima Naib Presiden persatuan – Ahuar Rasam, Martin Tommy, Mudi Dubing, Dato Baintin Adun dan Henry Soimpon.
Yang lain yang juga memenangi jawatan masing-masing tanpa bertanding adalah Gabriel George Tulas (Ketua Pemuda), Ebby Roy Raimon (Penolong Ketua Pemuda), Jo-Anna Sue Rampas (Ketua Beliawanis), Elvina Jane Justin (Penolong Ketua Beliawanis) dan Donneysius Ansuku (Ketua Penerangan) .
Peter ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan persatuan pada Selasa, juga mengumumkan pelantikan semula Mohd Zinin Andong Azak sebagai Setiausaha Agung dan Ann Xaviera sebagai Penolong Setiausaha Agung.
Rasinin Kautis dan Lazarus Anthony masing-masing dilantik sebagai Bendahari dan Penolong Bendahari.
25 anggota Majlis Tertinggi yang dipilih ialah Abu Bakar Ellah, Charles LRM Ebbie, Jikol Tagua, Haris Bolos, Jellysius Soimpon, Joseph Anthony, Michael Angkui, Barlus Mangabis, Andrew Majangkim, Lasmin Manjani, Nixboy Piunin, Markos Situn, George Timus, Florence Ebbie, Agustin Paga, Masly Dangku, Jamion Susa, Vitalis Gulabok, Jaiping Minsu, Justin Silut Juani, Jominit Kobuhi, Jaikol Pondok, Mustakin Sintam, Wasimin Wasly dan Jaklin Mogimau.