Peter Anthony Keluar Warisan, Tubuh Parti Baharu Mesra GRS

IMG_20211228_183117.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila dua lagi pemimpinnya mengumumkan keluar meninggalkan parti.

Kali ini, Naib Presiden, Datuk Peter Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap meninggalkan Warisan dan akan menubuhkan sebuah parti baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi. -Warta Oriental

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top