Peter Anthony Dijangka Buat Pengumuman Penting Tengah Hari Ini

peter-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga bekas Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony dijangka membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya hari ini.

Peter yang juga ADUN Melalap sebelum ini dikatakan menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari  ini.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada pengesahan dari sumber yang sahih mengenai inti pati sidang media itu.

Ramai pemerhati politik meramalkan Peter mungkin akan mengumumkan keluar daripada Warisan dan seterusnya menubuhkan parti baharu.

Terdapat juga pemerhati yang menjangka beliau akan mengisytihar dirinya Adun bebas yang mesra dengan kerajaan.

Segala teka teki berhubung masa depan politiknya akan terjawab hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top