LABUAN: Pesta Seni Borneo 2022 (BAF2022) berlangsung meriah di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, di sini, semalam.
Penganjuran kali ke-10 ini mempertandingkan tiga acara utama iaitu Tarian Kreatif Borneo, Tingkah Geruh dan Fesyen Kostum Kreatif Malaysia.
Majlis perasmian BAF diserikan dengan persembahan seni tari dan persembahan muzik menerusi kumpulan dan artis jemputan.
Seperti tahun sebelumnya penganjuran BAF 2023 akan mempertandingkan tiga acara utama iaitu pertandingan Tarian Kreatif Borneo, pertandingan Tingkah Geruh dan pertandingan Fesyen Kostum Kreatif Malaysia.
Pertandingan anjuran Perbadanan Labuan itu adalah salah satu upacara sempena BAF yang tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Sebanyak 20 kumpulan penari tempatan dan luar negara termasuk dari Indonesia menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu BAF turut mengadakan aktiviti pameran dan juga bengkel buat pengunjung.
Menariknya penganjuran pada tahun ini menampilkan kelainan yang baharu dengan beberapa acara tambahan yang diperkenalkan antaranya Peragaan Busana Borneo, Demontrasi Pembuatan Tanjak serta pelbagai acara untuk menarik minat pengunjung.
Kehadiran orang ramai sekali gus memeriahkan penganjuran program dengan sambutan dan sokongan daripada masyarakat setempat.
Kehadiran pelancong dari negara luar turut memnbantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di pulau ini.
Pada masa sama, Jabatan Penyiaran Labuan turut bersama menjayakan program pada kali ini dengan membuka booth studio mini LABUANfm dengan pelbagai program disajikan kepada pengunjung.
Hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, serta turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias.
Sumber: Berita RTM