Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang Diadakan 21 Mei

kaamatan-penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang akan diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pada 21 Mei ini.

Pegawai Daerah, Francis Chong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang berkata, sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang.

“Kita juga menjemput orang ramai untuk hadir serta memeriahkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang menghidangkan beberapa acara menarik iaitu Pertandingan Sugandoi yang akan diadakan di Kampung Tuavon, Sodop Unduk Ngadau di Putera Ballroom pada 18 Mei dan Pertandingan Unduk Ngadau di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah pada 21 Mei.

“Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan barang keperluan harian dengan potongan harga 15 peratus menerusi Jualan Madani. Turut diadakan ialah pameran jabatan-jabatan kerajaan, pertandingan sukan tradisi, pertandingan masakan tradisional, pertandingan ‘Magagung’ dan pertandingan Sumazau di Padang B, Lembaga Sukan Penampang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di Pejabat Daerah Penampang, di sini, semalam.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Politik KUSKOP, Carl Mosoom,  Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Noemi Dyena, Pegawai Perhubungan Parlimen, Bryan Matasing,  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Suleiman dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Lu Yen Tung. – JAPEN Sabah/Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top