KOTA KINABALU: Pesta Kaamatan sememangnya antara perayaan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat di Sabah setiap tahun khususnya bagi kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).
Walaupun jatuh pada 30 dan 31 Mei, namun perayaan itu sebenarnya disambut sepanjang bulan itu dengan 1 Mei sebagai hari pembukaan seterusnya ia diraikan di setiap daerah sehinggalah kemuncaknya pada penghujung bulan.
Selain menjadi antara produk pelancongan di Sabah, Pesta Kaamatan juga boleh dikatakan sebagai ”lubuk rezeki” untuk artis tempatan.
Kebiasaannya, artis tempatan kerap dijemput untuk membuat persembahan bagi memeriahkan lagi suasana Kaamatan, selain menjadi juri bagi pertandingan nyanyian atau lebih dikenali sebagai ”Sugandoi”.
Bagaimanapun selepas pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu, keseronokan sambutan Kaamatan menjadi suram buat mereka.
Tiada lagi jemputan membuat persembahan, tiada lagi panggilan untuk menjadi juri ”Sugandoi”, kalau ada pun hanya beberapa sahaja dan itu pun secara dalam talian.
Seorang artis tempatan, S Welly, berkata, sebelum penularan wabak Covid-19 di negara ini, bulan Mei adalah waktu paling sibuk baginya pada setiap tahun.
Katanya, tawaran untuk membuat persembahan atau menjadi juri tidak pernah putus sehinggalah Kaamatan melabuhkan tirainya pada penghujung Mei.
Baca seterusnya di: FMT