Pesta Kaamatan kini diangkat sebagai perayaan peringkat kebangsaan

Dr-jeffrey.jpg

Dr Jeffrey (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan di peringkat Negeri Sabah saban tahun, kini diangkat menjadi perayaan peringkat kebangsaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkenaan berkata perayaan tahunan etnik KadazanDusun, Murut dan Rungus (KDMR) itu turut disambut masyarakat Madani di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, di samping sambutan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei ini.

“Secara rasmi, Pesta Kaamatan kini dijadikan sambutan peringkat kebangsaan sebab negeri-negeri di Semenjung pun terlibat dan yang merasmikannya adalah Perdana Menteri,” kata beliau kepada media selepas mengetuai Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan 2024 dalam kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Menurut beliau sambutan pada tahun ini akan dirasmikan oleh Tun Juhar pada 30 Mei manakala perasmian penutupan pula akan disempurnakan oleh Anwar.

Pesta Kaamatan telah dilancarkan pada setiap 1 Mei di Daerah Ranau oleh Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Jeffrey di Dewan Masyarakat Ranau menandakan bermulanya sambutan di peringkat kampung dan daerah, sebelum acara kemuncak di peringkat negeri iaitu di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang pada 30 dan 31 Mei.

 

Sumber: Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top