Pesta Kaamatan HKN 2024 bermula pada 25 April

Pesta-Kaamatan-HKN-2024.jpg

Rolis (duduk, lima kiri) bersama jawatankuasa HKN.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Penyanyi Kadazan Asli Sabah (HKN) akan mengadakan Pesta Kaamatan kali ke-2 pada tahun ini.

Pengerusinya, Rolis Mitol berkata, pihaknya akan menggunakan tema ‘Pisompuuvan Maza’ Do Hozou’ yang selari dan disokong dengan tema Kaamatan peringkat Negeri iaitu ‘Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan’.

“Pelbagai program pengisian diadakan sepanjang empat hari pesta diadakan, antaranya pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau, cabutan tiket bertuah dan mewujudkan gerai-gerai jualan.

“Pesta Kaamatan HKN turut mendapat kerjasama daripada KK Davin Bosong dan JPKK Hendry Aladin serta seluruh warga Kampung Mook, Kinarut,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Pesta Kaamatan HKN 2024 itu akan diadakan di Dewan Raya Tandugal, Kg Mook Kinarut pada 25 April, dengan pengisian saringan pertandingan Sugandoi bermula jam 7 malam sehingga 9 malam.

Katanya, pada 26 dan 27 April adalah masing-masing pertandingan Sugandoi pada peringkat separuh akhir dan akhir yang diadakan pada 7 malam sehingga 10 malam.

“Pada 28 April pula, Pertandingan Unduk Ngadau diadakan bermula 10pagi sehingg 5 petang,” katanya.

Menurutnya, semua pertandingan dan jualan adalah terbuka kepada para warga Sabah kerana persatuan berdaftar dengan skop seluruh negeri.

Katanya, penyertaan Unduk Ngadau juga mendapat sambutan daripada beberapa daerah di negeri ini.

“Objektif penganjuran adalah untuk permuafakatan melalui lagu, mengeratkan hubungan dan perpaduan tanpa mengira peringkat umur, kaum, bangsa dan agama.

“Kita mahu meneruskan dan mengekalkan adat budaya turun menurun kita di Sabah,” katanya.

Katanya, dengan adanya penganjuran seumpamanya, pihaknya berharap ia mampu memberikan impak positif kepada masyarakat setempat agar budaya amalan itu dapat terus dipelihara dalam zaman kemajuan teknologi serta pembangunan.

Beliau juga berterima kasih kepada para penaja khususnya Nestle, lori Nescafe, Maggi Mi Goreng yang menaja sepanjang program diadakan termasuk finalis Sugandoi dan Unduk Ngadau. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top