Pesara ditahan SPRM kemuka tuntutan butir matan palsu

sprm.jpg

KENINGAU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pesara disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 9.45 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Mac 2020 hingga Ogos2021.

“Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Mac ini. – SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top