Pesan Rafizi Kepada Anwar, Bertindak Segera Terhadap Pembodek

IMG_20201213_170654.png
Kongsi Bersama

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini tampil memberi peringatan kepada Anwar Ibrahim supaya bertindak segera terhadap pihak tertentu dalam parti yang dianggapnya sebagai golongan pembodek di sekeliling ahli parlimen Port Dickson itu.

Kata Rafizi “budak-budak” terbabit hanya muncul selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan dilihat berpeluang besar untuk menjadi perdana menteri.

“Ini permainan budak-budak keliling Anwar Ibrahim yang hanya muncul lepas beliau dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal perdana menteri; yang sangat kuat membodek demi tempat (kedudukan atau jawatan) kalau beliau (Anwar) jadi perdana menteri,” katanya melalui ciapan di Twitter, hari ini.

Bekas anggota Parlimen Pandan itu berkata demikian sebagai mengulas isu melibatkan Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir, yang didakwa mempersendakan Anwar dalam satu perbualan tertutup melalui aplikasi WhatsApp.

Ekoran penularan pandangan Akmal itu beberapa pimpinan AMK tampil menggesa supaya dia meletakkan jawatan.

Untuk rekod, seperti Rafizi, Akmal diketahui merupakan penyokong kuat Anwar dan memihak kepadanya dalam persaingan dalaman parti berbanding kem Azmin Ali.

Rafizi berkata, Anwar juga perlu bertindak segera terhadap individu pembodek yang dimaksudkannya itu.

“Kalau Anwar tidak segera bertindak, beliau akan pikul biawak hidup. Saya dah nasihat lama,” katanya. – Malaysiakini

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top