Peruntukan Tambahan RM1 Juta Untuk Bantu Pelajar IPT Yang Berasal Dari Sabah

ariffin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan RM1 juta bagi membantu pelajar dari Sabah yang kini masih berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta serta pusat tahfiz di seluruh negara.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, pelajar Sabah yang tinggal di asrama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menerima bantuan RM200 yang akan disalurkan melalui institusi pengajian masing-masing.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan ini adalah untuk memastikan pelajar mempunyai makanan yang mencukupi ketika berada di kampus dan pusat tahfiz.

Katanya, bantuan kewangan ini akan diluluskan berdasarkan permohonan institusi-institusi yang berkaitan.

Beliau juga bercadang un tuk memperluaskan bantuan tersebut ke maktab perguruan, sekolah agama, madrasah dan sekolah maad tahfiz di seluruh negara.

Bantuan itu akan disalurkan terus kepada institusi terlibat untuk diagihkan kepada pelajar berkaitan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top