Peruntukan tak sama rata cetus rasa ingin ‘pisah’, kata Kitingan

dr-jeffrey.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menggesa sekurang-kurangnya 25% belanjawan pembangunan negara diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau menyifatkan peruntukan belanjawan sebelum ini tidak adil, menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Sabah sehingga mencetuskan perbincangan untuk “berpisah”.

Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata, belanjawan 2024 hanya memperuntukkan 13.76% dana pembangunan kepada Sabah dan Sarawak, manakala baki 86.24% untuk Semenanjung.

Belanjawan 2024 berjumlah RM393 bilion memperuntukkan RM91 bilion bagi pembangunan, dengan RM6.6 bilion untuk Sabah dan RM5.8 bilion pula kepada Sarawak.

Bercakap ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat, Kitingan berkata, pengabaian berterusan terhadap negeri Malaysia Timur oleh kerajaan persekutuan mencetuskan kemarahan rakyat Sabah dan meningkatkan keazaman mereka untuk “melarikan diri” dari Malaysia.

Beliau menggesa peruntukan dana adil untuk mengurangkan jurang pembangunan antara Malaysia Timur dan negeri di Semenanjung.

Katanya, kerajaan juga perlu mendukung peruntukan perkongsian hasil yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya cadangkan pembayaran semula dilakukan dengan kutipan di sumber bagi setiap tiga bulan atau mewujudkan mekanisme berdasarkan nisbah ditetapkan dalam Perlembagaan.” – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top