Pertukaran KM Kepada ‘Premier’, Tanda Status Sarawak Tidak Sama Negeri Lain – Abdul Karim

Abdul-Karim-Rahman-Hamzah_sarawak_600.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Rang undang-undang yang dicadangkan untuk menamakan semula jawatan Ketua Menteri sebagai ‘Premier’ adalah untuk meletakkan Sarawak dalam perspektif yang betul, sekali gus menjadi batu asas menunjukkan statusnya tidak sama dengan negeri lain.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, selepas pembentukan Malaysia, kedudukan Sabah dan Sarawak semakin terhakis dan menjadi seperti negeri-negeri kecil di bawah Persekutuan Tanah Melayu.

“Ia tidak ada perubahan signifikan di sini sini, hanyalah untuk memperhalusi keadaan. Kalau kita lihat macam menteri muda tu boleh menyebabkan banyak kekeliruan.

“Pernah ada menteri muda yang pergi ke luar negara, mereka dilayan sebagai pembantu kepada menteri.

“Begitu juga, bagi CM (Ketua Menteri) saya rasa kita tidak sama dengan Pulau Pinang atau Melaka. Apabila kita membentuk Malaysia, penandatangan bagi negeri-negeri Melayu (di Semenanjung) …hanya ada seorang yang mewakili mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama kali ke-19 di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, ditanya berkenaan gelaran jawatan ‘Premier’ dalam Bahasa Melayu, Abdul Karim menyerahkan kepada kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat terjemahan.

Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan esok melibatkan Perkara 6 (3) bagi menggantikan perkataan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’.

Jelas Abdul Karim, dengan penamaan semula itu, ia akan memberikan kuasa dan hak autonomi rakyat Sarawak.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top