Pertuduhan Berkaitan Rasuah: Ahli Parlimen Labuan Mengaku Tidak Bersalah

rozman-labuan.jpg
Kongsi Bersama

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan berkaitan rasuah semasa dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan tiga tahun lalu.

Wakil rakyat dari parti Warisan itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Rozman didakwa menggunakan kedudukannya itu bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk sebuah syarikat yang di dalamnya ada kepentingan bapa serta saudaranya.

Menurut kertas pertuduhan kontrak tersebut ialah untuk menjadi pengendali Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan manakala syarikat yang didakwa terlibat ialah Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melaukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik mesyuarat di tingkat sembilan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya antara jam 2.30 petang hingga 5.30 petang pada 23 Mac 2018.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM Rozman berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dendatidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga diarah agar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Rozina kemudian menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan kes. –Malaysiakini


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top