Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak

abdul-karim.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan (MOTAC) dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) berkata perbincangan bersama kerajaan Persekutuan berkaitan isu berkenaan akan dilakukan memandangkan kedua-dua negeri itu mempunyai hak autonomi untuk menguruskan hal pelancongan.

“Kedua-dua negeri ini mempunyai syarat berlainan sedikit untuk MM2H. Contohnya di Sarawak, pemohon perlukan RM150,000 deposit tetap berbanding RM1 juta di Semenanjung, jadi sebab itu permintaan program di negeri ini melonjak naik.

“Kuasa autonomi ada pada kita dan kita mempunyai hak imigresen mengenai hal ini. Kita tidak mahu menimbulkan masalah tetapi kita berharap kerajaan Persekutuan menerusi MOTAC turut bertimbang rasa dengan dasar yang kami laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kampung Budaya Sarawak, pada Jumaat.

Difahamkan, MOTAC telah mengeluarkan pekeliling bertarikh 27 Mei 2024 kepada semua ejen berlesen yang mengendalikan permohonan MM2H, termasuk di Sabah dan Sarawak, untuk menghentikan operasi mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata MOTAC sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebelum mengeluarkan pekeliling itu.

“Kalau MOTAC tidak mahu lanjutkan program itu sebab sedang fikirkan untuk wujudkan dasar sendiri, maka laksanakanlah dasar itu di Semenanjung sahaja, jangan kacau Sabah dan Sarawak,” katanya sebagaimana dilaporkan BERNAMA.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top