Pertembungan GRS-PBRS di Ranau: Siapa Untung, Siapa rugi?

jonathan.jpg

Jonathan (gambar fail)

Kongsi Bersama

RANAU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sudah lama terkubur di Parlimen Ranau, kata Datuk Jonathan Yasin (gambar),

Justeru, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Parlimen Ranau itu berkata, pertembungan GRS dengan PBRS, yang merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) tidak menyebabkan perpecahan dalam kalangan jentera parti.

backup_ads

“Kita dapati bahawa PBRS sebenarnya di Ranau sudah lama terkubur.

“Mereka tidak aktif, hanya digunakan oleh golongan tertentu untuk kepentingan peribadi bagi PRU kali ini.

“Sebab itu kita tidak bimbang dengan mereka, walaupun mereka menggelarkan bahawa ketika ucapan ada mengatakan kami BN-PBRS,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.

Jonathan berkata demikian ketika diminta mengulas pertembungan GRS dan PBRS di Parlimen Ranau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia selepas Datuk Ewon Ebin, yang juga bekas Ahli Parlimen Ranau bertanding di kerusi berkenaan menggunakan logo PBRS.

Jonathan menambah, BN sendiri tidak memberikan restu kepada Ewon untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Bagi rakyat yang sudah faham, di peringkat bawah, mereka tahu bahawa PBRS tanpa restu daripada BN Sabah, tanpa sokongan UMNO khususnya dalam daerah Ranau,” katanya lagi.

Sementara itu, calon muka baharu daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azizul Julirin tidak menolak bahawa pertembungan BN-PBRS itu memberi kelebihan kepadanya.

“Ini sebenarnya meresahkan dan membuatkan anak muda kurang berminat dengan politik, bila mana politik itu tidak menawarkan apa-apa pembaharuan dan apapun masa depan atau tawaran-tawaran baharu kepada pengundi.

“Tetapi hanyalah satu platform kepada mereka untuk bertarung dan mengekalkan kuasa tanpa memberikan satu aspirasi pembaharuan kepada anak muda, sama ada pengundi pertama kali atau yang betul-betul mendahagakan kemajuan, pembangunan dan perubahan secara menyeluruh,” jelasnya.

Parlimen Ranau menyaksikan saingan lima penjuru pada PRU15.

Ia melibatkan Jonathan (GRS); Azizul (Pejuang); Ewon (PBRS); Taufik Dahlan (Pakatan Harapan); serta Parti Warisan (Warisan) diwakili Markos Siton.

Sumber: AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top