Pertarungan Angka Akan Berlaku Lagi Bila Keabsahan PM Ditentukan Di Parlimen – SSK

ssk.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Titah Yang di-Pertuan Agong supaya keabsahan perdana menteri baharu ditentukan di Parlimen bakal menyaksikan pertarungan “angka” sekali lagi dengan kemungkinan majoriti tipis, kata bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.

Bagaimanapun, beliau yang juga bekas menteri penerangan persekutuan berkata, apa pun yang berlaku harapan rakyat adalah satu “pentadbiran” yang baharu dan bukan penyelesaian politik di kala waktu mencabar ini.

“Nampaknya kita sedang melalui satu lagi proses untuk memilih PM yang baharu berdasarkan pilihan parti.

“Sekali lagi, ini bermakna ia menjadi pertarungan angka dengan kemungkinan majoriti tipis. Mari kita nantikan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dalam wawancara bersama Astro Awani semalam berkata Yang di-Pertuan Agong menitahkan sesiapa sahaja yang terpilih sebagai perdana menteri baharu melalui akuan berkanun (SD) menguji kesahihan sokongannya di Parlimen.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top