Pertandingan Slingshot peringkat daerah Ranau dapat sambutan menggalakkan

slingshot-Ranau.jpg

onathan turut mencuba melastik sebagai simbolik perasmian pada pembukaan pertandingan itu.

Kongsi Bersama

RANAU: Lebih 70 peserta melibatkan 13 buah kampung sekitar Ranau dan Kundasang mengambil bahagian dalam pertandingan Slingshot (Melastik), di sini, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata Slingshot adalah satu bentuk sukan tradisional yang sangat popular di daerah Ranau.

“Sukan berkenaan dilihat sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat di daerah ini termasuklah wanita dan kanak-kanak.

“Saya melihat penganjuran pertandingan ini adalah sesuatu yang baik kerana bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim, tetapi ia juga sukan yang tidak memerlukan kos tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan majlis pembukaan pertandingan Slingshot, di sini.

Jonathan berharap sukan ini dapat mengisi masa lapang belia di daerah ini, sekali gus menghindari diri mereka daripada gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

“Hal ini kerana daerah Ranau turut merekodkan ramai belia yang terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah sejak akhir-akhir ini.

“Aktiviti ini juga diharap dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan generasi muda kerana ia juga sudah mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau menzahirkan terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjur dan para penaja kerana berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.

“Saya berharap semua yang terlibat dalam pertandingan ini dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan mutu permainan yang baik,” katanya.

Terdahulu, pertandingan yang diadakan di Dewan Mini Kampung Semuruh itu melibatkan empat kategori iaitu lelaki, wanita, kanak-kanak dan terbuka.

 

— Hamzah San/udin/Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top