Pertandingan Puisi, Mencipta Video Antara Program Baharu Sempena Sambutan Maulidur Rasul

ariffin-maulidur-rasul.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Beberapa program baharu akan dilaksanakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah tahun ini selain beberapa acara tradisi akan turut dipertandingkan semula.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program-program itu juga akan memberi tumpuan kepada generasi muda dalam menghayati seni budaya Islam yang perlu dipertahankan dan dilestarikan.

“Tahun ini sebanyak dua acara baharu akan dilaksanakan iaitu Pertandingan Puisi Sirah Berkumpulan dan Pertandingan Mencipta Video Sketsa Sirah.

“Selain itu, kita juga akan menghidupkan semula pertandingan sedia ada iaitu festival nasyid moden dan tradisi selain pertandingan marhaban dan berzanji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Maulidur Rasul Peringkat negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) disini pada Isnin.

Mohd Arifin berkata, turut akan dilaksanakan pertandingan sepanduk yang akan dinilai melalui tulisan khat yang diubahsuai selepas perarakan tidak dilaksanakan ekoran pandemic COVID-19.

“Program yang dilaksanakan ini antara lain bertujuan untuk mencungkil bakat baharu khususnya generasi muda, mereka ini perlu dilatih agar tradisi ini tidak ditinggalkan dan luput, seharusnya ia perlu dipertahankan dan dilestarikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, sambutan itu dijangka akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Sambutan itu juga akan diadakan diseluruh negeri dimana seluruh masjid akan mengadakan bacaan tahlil dan surah yasin pada 18 Oktober ini.

“Kita juga akan mengadakan program bantuan makanan yang sebelum ini dilaksanakan pada sambutan Maal Hijrah yang lalu ,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top