Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan 2023 dapat penyertaan tempatan dan antarabangsa

memanah.jpg

Kredit foto: FB BES Labuan

Kongsi Bersama

LABUAN: Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan 2023 yang julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan ini dan di Borneo mendapat sambutan hangat dengan penyertaan membabitkan peserta tempatan dan luar negara.

Pertandingan dianjurkan Sadad Equestrian Labuan dengan kerjasama Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia berlangsung pada 25 dan 26 November.

Pengerusi Sadad Equestrian Labuan merangkap pengerusi penganjur Nazri Ibrahim berkata, penganjuran itu mendapat penyertaan dari Australia, Brunei dan Indonesia selain peserta tempatan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung dan tuan rumah Labuan.

Beliau berkata, pertandingan pada kali ini diadakan di pesisiran pantai dengan menggunakan format pertandingan peringkat antarabangsa.

“Insya-Allah mungkin dengan ada peserta tempatan dengan gabungan daripada pasukan antarabangsa diharap kita dapat berlatih dan berkongsi pengalaman.

“Kita mungkin ada kesempatan untuk menghantar ataupun mendapat ilmu untuk lebih maju ke peringkat antarabangsa,”katanya.

Tambah beliau, selain acara utama memanah berkuda, terdapat acara sampingan turut diadakan iaitu pertandingan memanah tradisional.

Katanya, secara keseluruhan hampir 100 orang menyertai menyertai kesemua acara pertandingan itu.

Dalam pada itu, kejohanan berkenaan akan diadakan setiap tahun dan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Labuan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top