Pertandingan Melakar Mural “Sabah Maju Jaya” Tawar Hadiah Lumayan

Lo.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU : Orang ramai khasnya penggiat seni dan lukisan dipelawa menyertai Pertandingan Melakar Mural “Sabah Maju Jaya” yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,000.00.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu ditaja sepenuhnya oleh Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Lo Su Fui adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat seni lukis di Tawau.

Lo berkata, melalui pertandingan itu juga, diharapkan dapat mewujudkan rasa “Sense Of Belonging” dikalangan masyarakat di daerah ini melalui konsep yang bertemakan “Sabah Maju Jaya”

Menurutnya, antara syarat utama pertadingan ialah setiap lukisan hendaklah bercirikan masyarakat, budaya, etnik, atau mercu tanda Tawau.

“Apa yang lebih menarik ialah enam lukisan terbaik bakal dilakar pada dinding bangunan di beberapa lokasi strategik sekitar pusat bandar.

“Mereka yang berminat bolehlah menghantar penyertaan bersama lukisan masing-masing sebelum 31 Januari ini,” katanya ketika ditemui pada rakaman “Program Interaktif” di TawauFm, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, pemenang tempat pertama berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM1,000 manakala kedua dan ketiga masing-masing menerima RM750 dan RM500.

Selain itu, sijil penghargaan dan tiga hadiah saguhati masing-masing berjumlah RM500 setiap satu semua pemenang. – Sabah Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top