Pertandingan Filem Pendek China-Sabah tawar hadiah lebih RM40,000

short-film.bmp
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pertandingan Filem Pendek China-Sabah bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China menawarkan hadiah tunai lebih RM40,000 kepada pemenang.

Pertandingan itu yang diadakan bagi kali ke tujuh dianjurkan oleh Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

KKJA dalam kenyataan berkata, seperti tahun sebelum ini, pertandingan dibahagikan kepada Kategori Filem Pendek dan Kategori TikTok.

Bagi Kategori Filem Pendek, video haruslah tidak melebihi durasi selama lima minit.

Para peserta dikehendaki muat naik filem pendek menerusi platform YouTube, tetapkan video kepada ‘Tidak Tersenarai’ (unlisted), dan mengisi serta menghantar borang penyertaan secara atas talian dengan pautan YouTube berkenaan.

Bagi Kategori TikTok, video haruslah tidak melebihi durasi selama dua minit dengan memuat naik video ke TikTok menggunakan tanda pagar #chinasabah2024, dan mengisi serta menghantar borang penyertaan secara atas talian dengan pautan TikTok berkenaan.

Borang penyertaan dalam talian boleh dilayari di laman web https://bit.ly/chinasabahshortfilm atau imbas kod QR dalam poster.

Setiap peserta atau pasukan dibenarkan untuk menyertai kedua-dua kategori Filem Pendek dan kategori TikTok dengan satu penyertaan untuk setiap kategori, tetapi kandungan kedua-dua video tidak boleh sama.

Bagi menggalakkan lebih ramai orang menyertai serta meningkatkan peluang memenangi anugerah, Kategori Filem Pendek ditambah kepada tiga pemenang Anugerah Emas (RM2,000 tunai dan piala), lima pemenang Anugerah Perak (RM1,500 tunai dan piala), 10 pemengang Anugerah Gangsa (RM1,000 tunai dan piala) dan beberapa hadiah saguhati (RM500 tunai dan piala).

Bagi Kategori TikTok, satu pemenang Anugerah Emas (RM1,000 tunai dan piala), 10 pemenang Anugerah Perak (RM800 tunai dan piala), 20 pemengang Anugerah Gangsa (RM500 tunai dan piala) dan beberap hadiah Saguhati (RM500 tunai dan piala) akan dipilih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi (facebook.com/chinasabah), atau hubungi JJ 016-8254889 atau Yvonne 016-8111883, atau emel ke chinasabahshortfilmcontest@gmail.com.

Filem bagi pemenang sebelum ini boleh disaksikan di saluran Youtube https://youtube.com/@china-sabahshortfilmcompet3399.

Tarikh tutup penyertaan pada 20 Oktober 2024 dan mereka yang berminat dialu-alukan untuk merebut peluang untuk mempersembahkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top