Pertahankan perpaduan nikmat kemerdekaan yang tidak ternilai harganya – Dr. Joachim

IMG_20230817_091925.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Hidup dalam perpaduan antara kaum dan etnik merupakan nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Advertisements

Kerana itu katanya, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam setiap insan agar nikmati daripada kemerdekaan Malaysia yang dikecapi ini dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa dan maruah menjadi taruhan.

“Marilah kita sama-sama melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Jadikanlah tanah air kita ini sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional,” katanya ketika merasmikan pelancaran program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Negeri Sabah peringkat Daerah Ranau di Pentas Budaya Kundasang, di sini, semalam.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menyeru orang ramai agar membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.

“Buanglah sikap hanya menunggu dan mengharap pemberian Jalur Gemilang percuma daripada pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO), setiap individu di negara ini perlulah mengubah persepsi bahawa hanya agensi kerajaan sahaja yang meraikan sambutan gah ini,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Kundasang mengingatkan semua agar lebih peka mengenai Jalur Gemilang di sekeliling mereka di mana sekiranya ada ternampak Jalur Gemilang yang telah lusuh atau koyak, ambillah inisiatif untuk membeli dan menggantikannya dengan yang baharu atau maklumkan kepada pemilik premis agar Jalur Gemilang tersebut dapat diturunkan dan ditukar baharu.

“Marilah kita bersama-sama untuk menerap mentaliti dan menyuntik sikap peduli dalam kalangan masyarakat supaya memandang tinggi dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang gah ini.

“Janganlah kita mengambil mudah perihal menjaga martabat identiti dan imej negara dan sama-samalah kita memelihara perpaduan sebagai sebuah keluarga besar Malaysia.

“Didiklah anak-anak kita akan kepentingannya supaya semangat cinta dan sayangkan negara bukan sahaja kepada generasi masa kini tapi juga kepada generasi yang akan datang,” ujarnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top