Pertahankan GRS, SSK Sependapat Dengan Pendirian UMNO Sabah

SSK.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Backbencher Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) sependapat dengan kenyataan UMNO Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung perkembangan politik semasa peringkat Kerajaan Persekutuan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata adalah wajar untuk mempertahankan GRS dan mandat rakyat untuk menjadi pemerintah yang bertanggungjawab.

“Untuk mengelak keraguan, kita perlu perkasakan GRS sebagai entiti rasmi Sabah, seperti GPS untuk Sarawak,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata fokus utama sekarang ialah mempercepatkan proses vaksinasi, sekali gus mengatasi masalah penularan COVID-19 di Sabah.

Kelmarin, UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus kekal dan menyokong Kerajaan GRS di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berikutan keadaan politik yang bergolak di Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataannya semalam, Umno Sabah berharap pendirian itu dihormati oleh semua pihak demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran rakyat dan negeri Sabah tercinta. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top