Pertahan Kerajaan GRS Demi Kemajuan Negeri – Bung Moktar

IMG-20210317-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Rakyat di negeri ini diajak agar terus menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam usaha memelihara kestabilan politik untuk memacu proses pembangunan demi kemajuan dan kesejehteraan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun belum sampai setahun kerajaan GRS mengambil alih tapuk pemerintahan di negeri ini, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan  untuk membantu rakyat di samping membangunkan negeri ini.

Katanya   kerajaan negeri telah membentangkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025, iaitu kerangka hala tuju dan strategi bagi terus memacu pembangunan negeri dan sosio-ekonomi rakyat,

“Sebaik sahaja kerajaan GRS mengambil alih pemerinthaan sejak  29 September tahun lepas ,kita berhadapan  realiti dan kedudukan ekonomi amat mencabar, kerana itu kerajaan perlu bertindak segera untuk menangani penyusutan pertumbuhan sektor serta sub-sektor tertentu, dan mengenal pasti sumber baharu untuk memperkukuh serta meningkatkan hasil negeri,” katanya ketika berucap di majlis makan malam bersama gabungan GRS di Taman Bandukan  Riverside Resot,  Keningau baru baru ini

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri II yang juga Presiden Parti  Solidariti Tanah Airku (STAR)  Datuk Dr  Jeffrey Kitingan. Menteri Belia dan Sukan Datuk   Ellrom Alfred Angin, dan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya mengajak pemimpin dan rakyat mempertahankan memontum kerjasama bagi mempastikan apa juga yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Bung (tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa PAS bahagian Keningau.

Menurut Bung  kini masanya bagi semua pihak bekerja keras membangunkan  negeri dengan mengenpikan soal politik di mana ekoran terlalu berpolitik negeri ini amat jauh ketinggalan dari segi pembangunan.

“Di peringkat Persekutuan kita sudah mengadakan pilihan raya sebanyak 14 kali, di negeri Sarawak baru 11 kali tapi kita di Sabah sudah 16 kali. Masa  dihabiskan untuk pilihan raya menyebabkan kita hilang fokus untuk membangunkan negeri, “ katanya.

Tambah  Bung pada masa sama, kedudukan sosio-ekonomi rakyat perlu diletakkan pada unjuran keutamaan melalui usaha yang menjurus kepada sasaran untuk meningkatkan ekonomi rakyat,

Beliau berkata Pelan SMJ 2021-2025 menggariskan tiga elemen utama iaitu sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi; modal insan dan kesejahteraan rakyat; serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Dalam pada itu   Bung menambah kerajaan persekutuan meluluskan sejumlah RM600 juta bagi pembinaan jalan menghubungkan Serudong di Kalabakan Tawau dengan Simanggaris di Kalimantan Indonesia yang akan membawa perubahan besar dalam sektor ekonomi negeri.

“Justeru rakyat perlu bersedia merebut peluang yang ada terutamanya dalam sektor pelancongan dengan menghasilkan produk-produk yang boleh dipasarkan kepada pelancong terutamanya dari Indonesia apabila projek lebuh raya ini siap dilaksanakan,” tambahnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top