Persepsi Masyarakat Yang Sering Kaitkan Jalan Rosak Dengan JKR Sukar Dielak – Bung Moktar

IMG-20210417-WA0003.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Tanggapan masyarakat terhadap isu kerosakan jalan raya yang sering dikaitkan dengan Jabatan Kerja Raya sukar dielakkan walaupun kerosakan yang dibangkitkan tidak semestinya di bawah selenggaraan jabatan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata walaupun  persepsi ini memberikan kesan negatif kepada jabatan dan menteri yang bertanggung jawab kerana sering disusuli pelbagai tomahan dan kritikan terutamanya di media sosial, namun Kementerian  Kerja Raya tetap mengambil maklum setiap aduan yang dibuat oleh orang ramai.

“Inilah presepsi masyarakat yang sukar kita ela ,meskipun terdapat isu kerosakan jalan raya mahupun jambatan yang dibangkitkan dan diviralkan di media sosial  bukannya dalam selenggaran jabatan, kami akur menerima kritikan tersebut kerana masyarakat tidak memahami dan menyiasat terlebih dahulu sama ada  jalan raya atau jambatan yang rosak itu adalah dalam selenggaraan JKR atau agensi kerajaan yang lain, ” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan program Jelajah Ramadan JKR di Kompleks JKR Kepayan pertang kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Kerja raya Jasmin Mohd Jasmin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ir Ali Ahmad Hamid, Jurutera Daerah JKR Bandaraya Hardy Laidin dan Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki.

Bung sambil diperhatian oleh Mohd Jasmin,Ir Ali Ahmad dan Hardy ketika menyampaikan sumbangan kepada pengurus rumah Anak-anak Yatim Assakinah Haji Samin Ongki pada majlis tersebut.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya memang  wujud kekeliruan orang ramai terhadap isu ini bagaimanapun jika aduan tersebut melibatkan jalan raya atau jambatan yang diselenggara oleh JKR  tindakan  memperbaikinya akan dilaksanakan segera atau mengarahkan konsesi yang bertanggungjawab memperbaikinya, manakala bagi  jalan raya yang  bukannya  di bawah selenggaraan  JKR ianya  akan dimaklumkan kepada jabatan atau agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Bung menambah ada beberapa jalan raya yang bukan menjadi  tanggungjawab JKR antaranya jalan pertanian, jalan estet atau jalan ladang yang tidak boleh dibaiki oleh JKR malah terdapat sebahagian jalan raya menjadi tanggung jawab pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan  dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Mengulas mengenai program Jelajah Ramadan JKR Bung yang juga Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Lamag berkata ia merupakan program yang baik dalam mendekati golongan yang kurang berkemampuan terutamanya anak-anak yatim sempena bulan Ramadan, lebih-lebih lagi kerana golongan ini juga terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

“Saya difahamkan program ini merupakan program tahunan JKR bersama Persatuan Kebajikan Islam JKR Sabah sempena bulan Ramadan, tetapi tahun lepas tidak dapat dilaksanakan ekoran PKP,“ katanya.

Bagaimanapun menurut Bung tahun ini program tersebut diteruskan meskipun dilaksanakan dalam norma baharu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard  (SOP) yang ditetapkan dengan hanya menyampaikan bantuan kepada wakil penerima sumbangan tidak seperti amalan sebelum ini yang mengumpul para penerima dalam satu majlis.

“Apa yang penting hasrat kita untuk membantu golongan sasaran tetap mencapai matlamatnya walaupun program ini dilaksanakan dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” tambah beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top