KENINGAU: Tiga pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau berjaya meraih pingat perak di Winter Stars of Dresden, Jerman, yang berlangsung dari 24 sehingga 27 Februari 2022 atas persembahan cerita rakyat.
Ketiga-tiga pelajar ini menyampaikan tiga cerita rakyat atau lagenda dahulukala yang berbeza.
Janeva Elianna menyampaikan kisah berkenaan dengan seorang gadis dusun bernama “Kinomulok” yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kampungnya dari kemarau yang berpanjangan.
Nur Adilah Farhanah Abdullah menceritakan perwira wanita Dang Insum yang dianggap sebagai lagenda di kalangan komuniti Bisaya di Sabah kerana sumbangannya mempertahankan tanahair daripada ditawan, manakala Rasydah Sintip @ Jius mengulas ringkasan mitos yang berasal dari Tamparuli berkenaan dengan seorang lelaki bernama Gunsoloi yang membina bahtera di atas bukit sebagai persediaan bagi banjir besar yang diramalkan akan menimpa kampugnya.
Pengarah kolej tersebut, Johari @ Jaibet Sabin, berasa bangga dengan usaha pelajar-pelajar berkenaan memelihara warisan budaya melalui penyampaian cerita rakyat dari pelbagai kaum dan tempat di Sabah.
Beliau bertekad untuk meneruskan penglibatan pelajar dan guru kolej tersebut dalam aktiviti seni dan budaya.
Video persembahan mereka yang bertajuk “Borneo Stories: Kinomulok, Dang Insum & Gunsoloi” itu boleh diakses di:
Berita asal: Sabah Post