Persatuan Pesara JAPEN Sabah Komited Bantu Ahli

Japen.jpg

Mantan Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul merakamkan gambar kenangan bersama Harun (kanan), Ahmad (dua dari kiri) serta ahli-ahli yang lain.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Pesara Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah komited membantu kebajikan ahli-ahlinya.

Pengerusinya Rafflee Abd Hamid yang ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2022/2024 memaklumkan pihaknya akan melakukan ziarah dan jejak kasih para pesara di seluruh Sabah khususnya yang terlantar di hospital ataupun sedang uzur di rumah.

“Mesyuarat agung tahunan bertujuan membentuk barisan ahli jawatankuasa yang baharu untuk memperkasa dan menggerakkan aktiviti yang telah kita rancang termasuk usaha mengesan pesara-pesara JAPEN yang terlantar di seluruh Sabah, selain rancangan untuk menubuhkan koperasi,” katanya.

Pada mesyuarat itu, pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) menyaksikan mantan Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Harun Maddasa sebagai Timbalan Pengerusi menggantikan Henry Chu, sementara mantan Pegawai Penerangan Daerah (PPD) Kota Kinabalu Ahmad Mahmood dilantik semula sebagai setiausaha bersama-sama Noni Tatung sebagai penolongnya.

Bagi jawatan bendahari pula, Ahli Jawatankuasa sepakat melantik Sapar Sadikon menggantikan Rosnah Matelih bagi sesi 2022/2024, di samping pembabitan ahli baharu iaitu mantan Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud, Durahim Jaman dan mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Wasrin Jaksria. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top