Persatuan Peranakan Tionghua Hulur Sumbangan Kepada 50 KIR

dr-joachim.jpg

Dr Joachim Gunsalam (gambar fail)

Kongsi Bersama

RANAU: Persatuan Peranakan Tionghua Ranau Ranau telah menghulurkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Gusi.

Sesi penyerahan sumbangan bakul makanan itu diadakan di Balairaya Kg Gusi, kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menghargai komitmen dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang terus menghulurkan sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada persatuan itu atas keprihatinan dalam usaha membantu masyarakat khususnya di Ranau.

Selain ifu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan semua yang terlibat sama menjayakan program tersebut.

“Kesemua KIR ini adalah keluarga murid sekolah daif,” kata Dr Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

Pengerusi Persatuan Peranakan Tionghua Ranau, Aldem Chia berkata, pihaknya telah memberikan sumbangan seperti itu sejak tahun lalu lagi.

“Golongan sasar ialah mereka yang terkesan akibat Covid-19, seperti ibu tunggal dan kanak-kanak istimewa,” katanya, sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) seperti di daerah Ranau dan Tuaran.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK); Abdul Rashid Abdul Halim, Guru Besar SK Gusi, Julai Salim; ketua kampung dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top