Persatuan Nelayan Alu-Alukan Pelantikan Anak Tempatan Terajui LKIM Sabah

saiful-bahari.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Persatuan Nelayan Sabah menyambut baik pelantikan Mohd. Jamil Abdullah, anak tempatan Sabah, sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah.

Persatuan itu mempunyai keahlian melebihi 13,000 orang.

Ahli lembaga Persatuan Nelayan Sabah dan Kebangsaan (NEKMAT), Shaiful Bahari Hj. Muin (gambar) berkata, pelantikan Mohd. Jamil, warga Sabah, bagi menggantikan Sundralingam A/L Nagaiah sebagai Pengarah berkuat kuasa 15 Februari 2022 adalah berita baik. Sundralingam akan dipindahkan semula ke Perak.

Beliau berkata, pelantikan ini memberi harapan dan hala tuju baharu kepada Sabah kerana anak tempatan Sabah menerajui LKIM Sabah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memahami keperluan, aspirasi ke arah peningkatan pembangunan dan melindungi nasib dan masa depan nelayan kita.

Shaiful yang merupakan bekas Pengerusi Nelayan Kawasan Sandakan berkata, seluruh Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Sabah dan Persatuan Nelayan Negeri Sabah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Pengerusi LKIM dan Ketua Pengarah LKIM serta pihak yang berkenaan di atas sokongan dan komitmen dalam memastikan LKIM Sabah terus diterajui oleh anak tempatan Sabah.

“Pelantikan ini wajar memandangkan Mohd. Jamil mempunyai banyak pengalaman dalam LKIM selain mempunyai integriti yang baik sepanjang perkhidmatannya,” tambahnya.

Beliau juga berharap Kerajaan Negeri dan Persekutuan sentiasa memberikan sokongan terhadap pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang demi kemajuan komuniti nelayan di Sabah pada masa kini dan akan datang. – Warta Oriental

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top