PETALING JAYA: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini merayu larangan makan di dalam premis ditarik balik, sambil berkata industri itu bersedia mengenakan SOP yang lebih ketat, termasuk mengehadkan waktu makan dan mengurangkan kapasiti.
Presidennya, N Subramaniam, berkata larangan makan dalam premis secara menyeluruh meletakkan pengusaha hotel dalam keadaan sukar kerana hanya beberapa hari saja diberikan untuk menyusun semula rancangan yang telah diatur sepanjang bulan itu.
Beliau berkata hotel-hotel bukan saja berdepan pembaziran bekalan yang mudah rosak tetapi juga lebihan tenaga kerja untuk tempoh itu.
Jelas Subramaniam, seperti yang semua tahu, kerajaan tidak menawarkan sokongan atau bantuan ketika mengumumkan perintah kawalan pergerakan ketiga, dan ini menyebabkan pengusaha hotel ‘sakit’ akibat pembatalan tempahan bilik sepanjang cuti Hari Raya.
“Memandangkan keadaan semasa yang menyekat semua aliran pendapatan, industri (perhotelan) bersedia menerapkan SOP yang lebih ketat,” katanya dalam satu kenyataan. – FMT